Good evening everyone.. Hr ni i nak share something important yg kite x terpikir akan sebab musabab dan kesannya pada diri kita dan alam sekitar.. So, let's jump to the point ok?..
1. PETE atau PET (Polythylene Terephthalate)
PETE atau PET dikenali juga sbgai plastik #1. Simbolnya pd botol adalah seperti di atas.
Terdapat pada botol plastik lutsinar seperti air mineral atau minuman yang siap untuk diminum. JANGAN mengulang botol dengan simbol seperti ini, terutama dengan air panas. Ini akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut mengeluarkan zat karsinogenik yang menyebabkan PENYAKIT KANSER DAN MENGGANGGU FUNGSI HORMON MANUSIA.
2. HDPE (High Density Polythylene)
Simbol ini terdapat pada botol yang berwarna putih susu. Digunakan untuk air minuman gelen, kerusi plastik atau bungkusan susu pada makanan. Botol ini juga hanya untuk SEKALI pakai sahaja. HDPE berasal drpd petroleum.
3. V atau PVC (Polyvinyl Chloride)
Pembungkusan makanan daripada PVC tidak boleh mengandungi lebih dari satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM. Kandungan plastik bercampur ke dalam makanan pada suhu -15'c. Akibatnya menyebabkan KEROSAKAN HATI DAN GINJAL.
4. LDPE (Low Density Polythylene)
Plastik dengan simbol ini biasanya digunakan untuk makanan, bungkusan plastik dan teksturnya lembik atau lentur. Plastik pembungkus makanan atau botol dengan kod ini cukup SELAMAT digunakan. Sayangnya, plastik ini SUSAH UNTUK DIHANCURKAN. LDPE jg diperbuat drpd petroleum.
5. PP (Polypropylene)
Plastik simbol PP ini termasuk yang SELAMAT dipakai makanan atau minuman. Biasanya plastik ini digunakan untuk tempat makanan dan botol minum bayi. Plastiknya berwarna lutsinar. Kalau ingin mengulang isi botol plastik pastikan mencari plastik dengan nombor 5 di tengah simbol recycle dan bertuliskan PP.
6. PS (Polystyrene)
PS ini contohnya adalah stereofoam, yang digunakan untuk makanan atau minuman SEKALI pakai. Apabila bahan ini bercampur dengan makanan ketika PANAS di bekas polistrine ini, BOLEH MEROSAKKAN OTAK DAN SISTEM SARAF.
7. OTHER atau biasanya polycarbonate.
Plastik ini boleh digunakan untuk tempat makanan dan minuman, alat-alat rumah tangga, komputer dan lainnya. Plastik dengan kod 7 SAN dan ABS ini baik dan selamat digunakan untuk makanan atau minuman. Untuk kod PC sebaiknya TIDAK digunakan untuk makanan dan minuman kerana boleh mengeluarkan zat yang berbahaya.
TAHUKAH ANDA???
- Plastik yang dibuang tidak hancur dalam masa singkat kerana jangka hayatnya sangat panjang hingga mencapai 10 abad untuk hancur.
- Plastik yang dibuang boleh menyekat pengaliran air sehingga menyebabkan air parit dan sungai membanjiri kawasan berhampiran.
- Tempoh reput yang agak panjang, ia akan memenuhi sebahagian besar dari kawasan tapak pelupusan sampah.
- Plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya apabila ia reput. Ini menyebabkan pencemaran tanah, sungai dan sumber air. Akibatnya, kualiti alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat akan terjejas.
Credit to:
Muhaszlina Sanip at http://www.facebook.com/topic.php?uid=113696645313805&topic=90
- Yayasan Prana-Nasional Indonesia at http://pranaindonesia.wordpress.com/pemanasan-global/plastik-1-pete-atau-pet/
- Wikipedia at http://en.wikipedia.org/wiki/
.: Mrs Coco :.
No comments:
Post a Comment